Monday, May 9, 2011
~ Makluman ke Tingkatan 6 bagi pelajar lepasan SPM 2010 ~
Perhatian kepada para pelajar yang mengikuti blog kaunseling ini terutama pelajar lepasan SPM 2010, senarai nama pelajar yang layak ke tingkatan 6 telah keluar dan boleh buat semakan secara SMS seperti berikut : MOET6[No_KP] dan hantarkan kepada 15888. Semakan juga boleh melalui online KPM.. www.moe.gov.my ( cari e-perkhidmatan ( berkala ) di bawah sekali ) dan klik ke Ting.6 bawah ( semakan ). Yang mana duduk dekat dengan seremban boleh le datang ke sekolah jumpa dengan kaunselor untuk semak nama. Jangan la hampa tak dpt panggilan ke IPTA. Anda boleh juga boleh buat rayuan.. InsyAllah jika ada niat yang baik tuk menimba ilmu pasti akan dapat...ok....
Friday, April 29, 2011
:: Jangan PUTUS ASA dengan BERDOA ::
Tazkirah motivasi ini sy ambil dari laman web i luv Islam...bacalah sebagai renungan kita bersama....
Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)
(surah Al-Baqarah:186)
Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)
(surah An-Nahl:19)
Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)
(surah At-Taubah:129)
Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)
(surah Yunus:12)
Sekiranya kita tidak dapat perkara yang dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.
Pelajar Cemerlang SPM 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Rasanya tidak terlambat untuk kami mengucapkan "Tahniah dan syabas" kepada pelajar cemerlang SPM 2010. Tidak lupa juga 2 orang PRS yang telah berjaya masuk dalam kelompok pelajar cemerlang 6A ke atas... iaitu Syalilah bt Ab Karim ( Pen. PRS 2010 ) dan juga Shahir b. Hasnan ( ahli biasa )....Kepada semua pelajar SPM 2010 yang telah memohon Matrikulasi khususnya kepada pelajar PPN.. anda boleh menyemak status permohonan mulai 28 April 2011 di laman web ini http://eputra.com/.
Anda juga boleh mengikuti laman web tersebut untuk mengetahui berita semasa seperti status kemasukan ke IPTA, politeknik dan juga ke kursus perguruan lepasan SPM (KPLSPM).
Kami di unit bimbingan dan kaunseling mendoakan kejayaan anda semua..dan jgn lupa mendaftar sebagai alumni smvas ye...:)
![]() |
| Pelajar Cemerlang SPM 2010 |
| PRS Cemerlang SMPM 2010 ( Syalilah bt Ab Karim ) |
Thursday, August 26, 2010
~ Outreach SMV/SMT telah bermula di SMVAS ~
Program Outreach pelajar lepasan PMR ke SMV/SMT telah pun bermula...hari ini seramai 70 pelajar dan 5 orang guru dari SMK Seremban 2 telah melawat sekolah ini bagi mendedahkan pelajar mereka tentang situasi belajar di sekolah vokasional.
Para pelajar diberi taklimat dahulu oleh En.Zainal Kadir sebelum dibawa melawat ke bengkel-bengkel oleh PRS tingkatan 5..
Macam-macam ragam pelajar ini, ada yang dengar dengan tekun..ada yang tidur, ada yang berguarau senda dgn rakan-rakan..dan tidak ketinggalan yang ber 'sms' dan mendengar MP3...harap2 pelajar ni tak mohonlah ke sini....
Para pelajar diberi taklimat dahulu oleh En.Zainal Kadir sebelum dibawa melawat ke bengkel-bengkel oleh PRS tingkatan 5..
Macam-macam ragam pelajar ini, ada yang dengar dengan tekun..ada yang tidur, ada yang berguarau senda dgn rakan-rakan..dan tidak ketinggalan yang ber 'sms' dan mendengar MP3...harap2 pelajar ni tak mohonlah ke sini....
~ Program Skuad Jelajah 1Malaysia GPMS ke SMVAS
Pada hari Khamis ( 19 Ogos 2010 ), wakil GPMS dan wakil program Skor A telah datang ke sekolah bagi menjayakan Program Skuad Jelajah 1Malaysia GPMS. Program ini mendapat kerjasama dari isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor yang mana sekolah ini adalah destinasi terakhir bagi Program jelajah 1Malaysia ini. Program ini telah diadakan di Dewan Makan Asrama yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 oleh kerana pelajar tingkatan 5 terlibat dengan Peperiksaan Percubaan SPM...tp pelajar tingkatan 5 jgn berkecil hati kerana wakil Program Skor A akan hadir semula ke sekolah khas untuk pelajar tingkatan 5...:)
~ Masih tidak sedar lagi ~
| | | | |
~ Apa nak jadi ~
Salam Ramadhan..Alhamdulillah dah 2 minggu lebih umat Islam berpuasa. Semoga amal ibadah yang dibuat sepanjang bulan yang mulia ini mendapat berkat dari Allah s.w.t. Namun begitu disebalik umat Islam mengejar amalan yang baik, ada juga manusia yang masih tidak sedar akan perbuatan yang suka membuat kerosakan di sekolah ini. Buktinya seperti gambar di atas. Sebelum ini, borang-borang aduan pelanggan yang diletakkan di kotak tersebut telah disalahgunakan seperti menconteng borang aduan, menulis perkara yang tidak elok.
Subscribe to:
Posts (Atom)
