Voting

PRS 2011

PRS 2011

Saturday, April 24, 2010

Terima kasih kami ucapkan kepada Pengetua dan pentadbiran sekolah kerana mengadakan Majlis Anugerah Kualiti bg memberi penghargaan kepada guru-guru dan staf sokongan. Pada Majlis Anugerah Kualiti tahun ni, unit Bimbingan & Kaunseling telah mendapat Anugerah Emas bg Kategori Jawatankuasa Hal Ehwal Murid, Dokumentasi & Pelaporan Terbaik bagi Pengurusan Hal Ehwal Murid yang diberikan kepada En.Zainal b. Kadir ( Laporan Program Anti Merokok, Bebas Dadah & HIV Aids) dan Pn. Hazila bt Hamad  ( Laporan Unit Bimbingan & kaunseling 2009). Tidak lupa Cik Soleha Mehat yang mendapat Anugerah bagi Kategori Dokumentasi & Pelaporan Terbaik bg Pengurusan dan Pentadbiran (Laporan Tahunan SMV 2009).
 Sempat ber 'posing' dengan hadiah masing-masing..:)
 

Saturday, April 17, 2010

Tahniah Pelajar yang dapat Matrikulasi

Mulai semalam laman web matrikulasi amatlah 'busy' melayan pelajar2 SPM 2009 utk melihat keputusan tawaran ke matrikulasi..Berita gembira juga dapat didengari daripada bekas pelajar SMTAS ( ketika itu nama sekolah belum ditukar) yang berjaya masuk ke Matrikulasi..Antaranya ialah:
  • Amierul Asyraf ( 5PKA1) - Kolej Matrikulasi Selangor - Jurusan Sains
  • Mohd Hamzah ( 5PKA2) - Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang - Jurusan Teknikal
  • Noormarlinda Zakaria ( 5Perd) - Kolej Matrikulasi N.Sembilan - Jurusan Perakaunan
  • Abdul Wafiy Azizol (5 PKA1) -Kolej Mara Kuala Nerang - Jurusan Perakaunan
  • Intan Munirah Rosli (5 PKA1) - Kolej Matrikulasi Teknikal Johor - Jurusan Teknikal
  • Mohammad Amirul Syafiq Husny(5PKE1) -Kolej Matrikulasi Kedah - Jurusan Teknikal
  • Nur Nabila Syafira Mohd Anuar(5PKA2)- Kolej Matrikulasi Selangor -Jurusan Perakaunan 
  • Amir Asyraf Rosli (5PKE2) - Kolej Matrikulasi Teknikal Johor- Jurusan Teknikal
  • Mohamad b.Mohamed Amin (5Ped) -Kolej Mara Kuala Nerang -Jurusan Perakaunan 
 Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar yang berjaya menempatkan diri di Matrikulasi.Saya pasti ada lagi pelajar yang dapat masuk seperti pelajar  dari kelas 5PKM cuma berita tidak sampai lagi..jika ada sesiapa yang tahu boleh la beritahu kepada kaunselor untuk update data ini.

Kepada pelajar yang tidak berjaya utk pengambilan pertama, jgn risau..rayuan boleh dibuat..jgn putus asa..insyAllah peluang anda pasti ada...Selamat berjaya kepada semua pelajar

Friday, April 16, 2010

PRS oh PRS

Hajat nak bergambar bersama PRS terlaksana juga..mmg susah nak kumpulkan semua dalam satu masa utk sesi bergambar ni..ni dah bulan 4..hope semua PRS dapat tingkatkan prestasi dalam akademik dan jaga sahsiah dengan baik..

 TAHNIAH dan Syabas  kepada PRS di atas..Rafie, Rahimi, Syalilah, Badrul, Hazmi dan Fazrin diatas kejayaan mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Peperiksaan Akhir Tahun Ting 4..Tidak lupa juga kepada Bolkiah dan Rafie yang naik ke pentas pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik untuk ujian bulan Mac..Kami bangga dengan kejayaan ini...teruskan perjuangan anda..PRS yang lain juga harus berusaha untuk pertingkatkan lagi prestasi akademik....

Thursday, April 15, 2010

Tarikh penting Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010

Maklumat penting kepada bekas pelajar SPM 2009 mahupun guru-guru yang mempunyai anak, sedara atau ahli keluarga yang telah memohon sambung belajar ke Matrikulasi, IPTA, Politeknik, Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), IKBN dan sebagainya...boleh la merujuk laman web di bawah ini..
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010

Semakan Keputusan Calon Berjaya ke Program Matrikulasi KPM sesi 2010/2011


 Semua pelajar Lepasan SPM 2009 yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengetahui keputusan permohonan mulai 16 April 2010 ini.

Semakan boleh dibuat melalui:

  • Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my dengan memasukkan (No.Kad Pengenalan dan Angka Giliran SPM)  atau
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip perkataan MOE><MAT><NO KP (pelajar) dan dihantar ke talian 15888 atau
  • Talian Bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4100 juga boleh dihubungi untuk mengetahui keputusan rasmi permohonan bermula pada 16 April 2010 dari jam 08.30 pagi hingga 04.00 petang (hari bekerja sahaja).
Tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi pada 10 Mei 2010. Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh kolej matrikulasi / kolej MARA berkenaan.

RAYUAN 
Pelajar yang layak dan telah memohon tetapi gagal mendapat tempat sahaja boleh membuat rayuan terus melalui internet mulai 16 hingga 30 April 2010.

Keputusan rayuan boleh diketahui pada 24 Mei 2010 melalui :
  •  laman web di atas atau 
  • sistem SMS dengan menaip MOE><MAR><NO KP (pelajar) ke 15888 atau
  •  Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4100 boleh dihubungi dari jam 08.30 pagi hingga 04.00 petang (hari bekerja sahaja).
 Hanya calon yang berjaya akan dihubungi melalui surat dan perlu mendaftar di kolej yang ditetapkan dalam masa seminggu iaitu 25 - 31 Mei 2010. Mereka yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas itu dianggap gagal.

KEPUTUSAN CALON BERJAYA PROGRAM DUA TAHUN (PDT)
( Bumiputera Sahaja) 

Keputusan calon berjaya PDT akan diumumkan pada 03 Jun 2010 dan calon yang berjaya dikehendaki mendaftar di kolej yang ditetapkan pada 14 Jun 2010. Sila semak di laman web dan hubungi talian bantuan 03-8884 4100 dan sistem SMS dengan menaip perkataan MOE><MAT><NO KP (pelajar) dan dihantar ke talian 15888.

LAWATAN KE OPEN DAY GMI....27 Mac 2010

Ahli KBK bergambar di depan bangunan mercu tanda GMI..terdengar gak ada yg berminat nak ke sini selepas SPM..InsyAllah jika berusaha ke arah kejayaan pasti peluang untuk ke mana2 institusi pendidikan cerah..


Blog kaunselor........

Salam sejahtera..kami terpanggil juga utk menghasilkan blog ini...bukan nak bersaing dgn blog pengetua dan  blog asrama..tp sekadar utk memajukan Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam bidang ICT...:)...