Voting

PRS 2011

PRS 2011

Thursday, August 26, 2010

~ Outreach SMV/SMT telah bermula di SMVAS ~

Program Outreach pelajar lepasan PMR ke SMV/SMT telah pun bermula...hari ini seramai 70 pelajar dan 5 orang guru dari SMK Seremban 2 telah melawat sekolah ini bagi mendedahkan pelajar mereka tentang situasi belajar di sekolah vokasional. 


Para pelajar diberi taklimat dahulu oleh En.Zainal Kadir sebelum dibawa melawat ke bengkel-bengkel oleh PRS tingkatan 5..

Macam-macam ragam pelajar ini, ada yang dengar dengan tekun..ada yang tidur, ada yang berguarau senda dgn rakan-rakan..dan tidak ketinggalan yang ber 'sms' dan mendengar MP3...harap2 pelajar ni tak mohonlah ke sini....


~ Program Skuad Jelajah 1Malaysia GPMS ke SMVAS

Pada hari Khamis ( 19 Ogos 2010 ), wakil GPMS dan wakil program Skor A telah datang ke sekolah bagi menjayakan Program Skuad Jelajah 1Malaysia GPMS. Program ini mendapat kerjasama dari isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor yang mana sekolah ini adalah destinasi terakhir bagi Program jelajah 1Malaysia ini. Program ini telah diadakan di Dewan Makan Asrama yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 oleh kerana pelajar tingkatan 5 terlibat dengan Peperiksaan Percubaan SPM...tp pelajar tingkatan 5 jgn berkecil hati kerana wakil Program Skor A akan hadir semula ke sekolah khas untuk pelajar tingkatan 5...:)

~ Masih tidak sedar lagi ~





      

Masih tak sedar lagi.....puntung rokok ini bersepah2 di luar bilik kaunseling setiap hari sejak hari Isnin yg lalu sehingga lah hari ni...Ini menunjukkan ada pelajar yang merokok pada sebelah malam  setelah berbuka puasa. Rasanya teguran dan nasihat telah banyak diberikan kepada pelajar tetapi malangnya nasihat yang diberikan seperti mencurah air ke daun keladi....diharap para pelajar berubah untuk mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari..

~ Apa nak jadi ~

Salam Ramadhan..Alhamdulillah dah 2 minggu lebih umat Islam berpuasa. Semoga amal ibadah yang dibuat sepanjang bulan yang mulia ini mendapat berkat dari Allah s.w.t. Namun begitu disebalik umat Islam mengejar amalan yang baik, ada juga manusia yang masih tidak sedar akan perbuatan yang suka membuat kerosakan di sekolah ini. Buktinya seperti gambar di atas. Sebelum ini, borang-borang aduan pelanggan yang diletakkan di kotak tersebut telah disalahgunakan seperti menconteng borang aduan, menulis perkara yang tidak elok.