Voting

PRS 2011

PRS 2011

Friday, July 9, 2010

~ Pertukaran Pelajar Bukittinggi Sumatera Barat Indonesia - Seremban~

Buat kali kedua, unit Bimbingan & kaunseling diamanahkan untuk menguruskan Program Pertukaran Pelajar dari Bukittinggi, Sumatera Barat Indonesia. Seramai 4 orang pelajar telah ditempatkan di sekolah kami. Iaitu terdiri dari 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan..nama mereka Egi Endeska Putra, Fadholi Rahmat, Mauren Nataya dan Arini Diyah Fadhila..Mereka berada disini dari 3 Julai sehingga 13 Julai..Agak kekok juga mulanya untuk bercakap dgn mereka.Tetapi sebenarnya jika kita bercakap dalam bahasa Malaysia mereka akan faham. Jadi tak payahlah susah2 buat lohgat indonesia..kelakar juga kadang2 terkeluar bahasa jawa..kih3..Yang buatkan sy terharu adalah mereka ini sgt bersopan santun, berbudi bahasa dan menjaga peraturan ketika di rumah keluarga angkat..
Sebelah kiri sy Egi Andeska Putra dan sebelah kanan sy Fadholi Rahmat...gmbar pelajar perempuan tidak sempat ambil..
 

~ Minggu Teknik & Vokasional SMK Seremban Jaya 2~

Pada 1 Julai 2010 iaitu hari Khamis, SMVAS dan semua sekolah teknik dan vokasional yang ada di N.Sembilan dijemput untuk membuat pameran di SMK Seremban Jaya 2 sempena dengan Minggu Teknik & Vokasional sekolah berkenaan. Jadi, mereka menjemput kaunselor setiap sekolah SMT/V untuk menghadirinya. Mulanya unit kami pening juga nak fikirkan pameran ape yg ingin dibuat.Takkan dengan brosur/ pamplet outreach sahaja...Jadi dengan masa yang hanya 3 hari untuk membuat persiapan..Kami ke bengkel2 untuk mendapatkan bahan seperti produk SE yang telah dihasilkan oleh beberapa bengkel..Terima kasih diucapakan kepada guru-guru bengkel seperti bengkel KFL yang meminjamkan produk DBS, En.Abu & Fairus (meja dan pelajarnya sekali), En.Sarmin (brosur SE),En.Hata, En.Zolkapli .

 Ni lah meja pameran SMVAS..:)
  Barisan tenaga yang membuat pameran utk SMVAS
Sesi soal jawab...
 Aik? macam kenal jek?...c.sharom ni org kuat Juasseh tuk pameran ni.
pameran hasil pertanian (cendawan) oleh SMT Lela Maharaja
pameran dari SMT Tunku Jaafar, siap bwk piala2 yang gah lagi tuh..
pameran dari SMT Kuala Kelawang...

pameran dari SMT Juasseh...sekolah ni paling awal dtg..pastu diorg bawak semua bahan2 setiap bengkel...ketua bengkel turun padang tu habis setengah bilik pameran dibolotnya..tabik spring la...hehe..

ni juga dari SMT Juasseh..ni la bahan dari bengkel PPU c.sharom..
Walaupun nampak simple..tp ramai pelajar2 ni kenal sekolah vokasional ampangan..ada juga guru2 yang berminat dgn produk SE ni...mcm meja kopi ni dh dpt tempahan..

~ Kemeriahan Hari Kerjaya SMVAS 2010 ~

Alhamdulillah Hari Kerjaya SMVAS selamat dijalankan pada hari Rabu ( 30 Jun 2010 ) yg lalu. Sebanyak 20 IPT yang hadir pada hari tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yg terlibat sepanjang program berlangsung.
Kerja2 sebelum program

PRS sedang melipat 'brosur'

PRS perempuan ini sedang membuat nama IPT
Proses menyusun meja dan kerusi di Dewan Bestari Budiman

Semasa Program
 
Meja pameran dari IKBN Chembong

Meja pameran dari UNISEL  

Meja pameran dari kolej TEKAT

YDPIBG & Tn.Pengetua singgah di meja pameran Kolej Islam Sains Teknologi (KIST)

C.Abu, C.Razali, C.Yusmar & C. Kamarzamn sedang bertanyakan kursus yg ada di GMI..mane tahu leh smbung blaja..:)

Kaunselor dari SMA.Dato Kelana Petra Maa'mor juga hadir..
Para pelajar sedang melihat pamplet dari IPT..