Voting

PRS 2011

PRS 2011

Thursday, August 26, 2010

~ Outreach SMV/SMT telah bermula di SMVAS ~

Program Outreach pelajar lepasan PMR ke SMV/SMT telah pun bermula...hari ini seramai 70 pelajar dan 5 orang guru dari SMK Seremban 2 telah melawat sekolah ini bagi mendedahkan pelajar mereka tentang situasi belajar di sekolah vokasional. 


Para pelajar diberi taklimat dahulu oleh En.Zainal Kadir sebelum dibawa melawat ke bengkel-bengkel oleh PRS tingkatan 5..

Macam-macam ragam pelajar ini, ada yang dengar dengan tekun..ada yang tidur, ada yang berguarau senda dgn rakan-rakan..dan tidak ketinggalan yang ber 'sms' dan mendengar MP3...harap2 pelajar ni tak mohonlah ke sini....


~ Program Skuad Jelajah 1Malaysia GPMS ke SMVAS

Pada hari Khamis ( 19 Ogos 2010 ), wakil GPMS dan wakil program Skor A telah datang ke sekolah bagi menjayakan Program Skuad Jelajah 1Malaysia GPMS. Program ini mendapat kerjasama dari isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor yang mana sekolah ini adalah destinasi terakhir bagi Program jelajah 1Malaysia ini. Program ini telah diadakan di Dewan Makan Asrama yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 oleh kerana pelajar tingkatan 5 terlibat dengan Peperiksaan Percubaan SPM...tp pelajar tingkatan 5 jgn berkecil hati kerana wakil Program Skor A akan hadir semula ke sekolah khas untuk pelajar tingkatan 5...:)

~ Masih tidak sedar lagi ~





      

Masih tak sedar lagi.....puntung rokok ini bersepah2 di luar bilik kaunseling setiap hari sejak hari Isnin yg lalu sehingga lah hari ni...Ini menunjukkan ada pelajar yang merokok pada sebelah malam  setelah berbuka puasa. Rasanya teguran dan nasihat telah banyak diberikan kepada pelajar tetapi malangnya nasihat yang diberikan seperti mencurah air ke daun keladi....diharap para pelajar berubah untuk mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari..

~ Apa nak jadi ~

Salam Ramadhan..Alhamdulillah dah 2 minggu lebih umat Islam berpuasa. Semoga amal ibadah yang dibuat sepanjang bulan yang mulia ini mendapat berkat dari Allah s.w.t. Namun begitu disebalik umat Islam mengejar amalan yang baik, ada juga manusia yang masih tidak sedar akan perbuatan yang suka membuat kerosakan di sekolah ini. Buktinya seperti gambar di atas. Sebelum ini, borang-borang aduan pelanggan yang diletakkan di kotak tersebut telah disalahgunakan seperti menconteng borang aduan, menulis perkara yang tidak elok.

Friday, July 9, 2010

~ Pertukaran Pelajar Bukittinggi Sumatera Barat Indonesia - Seremban~

Buat kali kedua, unit Bimbingan & kaunseling diamanahkan untuk menguruskan Program Pertukaran Pelajar dari Bukittinggi, Sumatera Barat Indonesia. Seramai 4 orang pelajar telah ditempatkan di sekolah kami. Iaitu terdiri dari 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan..nama mereka Egi Endeska Putra, Fadholi Rahmat, Mauren Nataya dan Arini Diyah Fadhila..Mereka berada disini dari 3 Julai sehingga 13 Julai..Agak kekok juga mulanya untuk bercakap dgn mereka.Tetapi sebenarnya jika kita bercakap dalam bahasa Malaysia mereka akan faham. Jadi tak payahlah susah2 buat lohgat indonesia..kelakar juga kadang2 terkeluar bahasa jawa..kih3..Yang buatkan sy terharu adalah mereka ini sgt bersopan santun, berbudi bahasa dan menjaga peraturan ketika di rumah keluarga angkat..
Sebelah kiri sy Egi Andeska Putra dan sebelah kanan sy Fadholi Rahmat...gmbar pelajar perempuan tidak sempat ambil..
 

~ Minggu Teknik & Vokasional SMK Seremban Jaya 2~

Pada 1 Julai 2010 iaitu hari Khamis, SMVAS dan semua sekolah teknik dan vokasional yang ada di N.Sembilan dijemput untuk membuat pameran di SMK Seremban Jaya 2 sempena dengan Minggu Teknik & Vokasional sekolah berkenaan. Jadi, mereka menjemput kaunselor setiap sekolah SMT/V untuk menghadirinya. Mulanya unit kami pening juga nak fikirkan pameran ape yg ingin dibuat.Takkan dengan brosur/ pamplet outreach sahaja...Jadi dengan masa yang hanya 3 hari untuk membuat persiapan..Kami ke bengkel2 untuk mendapatkan bahan seperti produk SE yang telah dihasilkan oleh beberapa bengkel..Terima kasih diucapakan kepada guru-guru bengkel seperti bengkel KFL yang meminjamkan produk DBS, En.Abu & Fairus (meja dan pelajarnya sekali), En.Sarmin (brosur SE),En.Hata, En.Zolkapli .

 Ni lah meja pameran SMVAS..:)
  Barisan tenaga yang membuat pameran utk SMVAS
Sesi soal jawab...
 Aik? macam kenal jek?...c.sharom ni org kuat Juasseh tuk pameran ni.
pameran hasil pertanian (cendawan) oleh SMT Lela Maharaja
pameran dari SMT Tunku Jaafar, siap bwk piala2 yang gah lagi tuh..
pameran dari SMT Kuala Kelawang...

pameran dari SMT Juasseh...sekolah ni paling awal dtg..pastu diorg bawak semua bahan2 setiap bengkel...ketua bengkel turun padang tu habis setengah bilik pameran dibolotnya..tabik spring la...hehe..

ni juga dari SMT Juasseh..ni la bahan dari bengkel PPU c.sharom..
Walaupun nampak simple..tp ramai pelajar2 ni kenal sekolah vokasional ampangan..ada juga guru2 yang berminat dgn produk SE ni...mcm meja kopi ni dh dpt tempahan..

~ Kemeriahan Hari Kerjaya SMVAS 2010 ~

Alhamdulillah Hari Kerjaya SMVAS selamat dijalankan pada hari Rabu ( 30 Jun 2010 ) yg lalu. Sebanyak 20 IPT yang hadir pada hari tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yg terlibat sepanjang program berlangsung.
Kerja2 sebelum program

PRS sedang melipat 'brosur'

PRS perempuan ini sedang membuat nama IPT
Proses menyusun meja dan kerusi di Dewan Bestari Budiman

Semasa Program
 
Meja pameran dari IKBN Chembong

Meja pameran dari UNISEL  

Meja pameran dari kolej TEKAT

YDPIBG & Tn.Pengetua singgah di meja pameran Kolej Islam Sains Teknologi (KIST)

C.Abu, C.Razali, C.Yusmar & C. Kamarzamn sedang bertanyakan kursus yg ada di GMI..mane tahu leh smbung blaja..:)

Kaunselor dari SMA.Dato Kelana Petra Maa'mor juga hadir..
Para pelajar sedang melihat pamplet dari IPT..
 

Tuesday, June 29, 2010

~ Hangat nye Pertandingan Blog Kelas ~

Meriah betul blog pelajar ni...memang susah nak buat penilaian..rupa2nya disebalik 'keras' dan gagahnye mereka di bengkel tapi akal fikiran mereka sgt kreatif dan tangan mereka sgtlah 'halus' untuk menghasilkan blog yang canggih dgn susunan kata cantik ,grafik yang dipilih, juga audio yg digunakan sgt menarik ..Tahniah kepada penulis2 blog yang mewakili kelas masing...lihatlah halaman blog kelas ini..


Photobucket
4 PPU
4 BB 1
4 BB 1
Blog 4 EE 2
Blog 4 EE 1
Blog 4 PPN 2
Blog 4 PP1
Blog 4 PPN 1
Blog 5 EE 2
Blog 5 EE 1
Blog 5 BB 2
Blog 5 PPU
Blog 5 PPN 2
ini Blog kelas 5 PPN 1

~ Program Peluang Pendidikan dan Kerjaya esok....30 jun 2010~

Marilah sama2 kita meriahkan Program Peluang Pendidikan dan Kerjaya peringkat sekolah esok di Dewan Bestari Budiman....sebanyak 21 IPTA/IPTS yg akan datang untuk mempamerkan bahan2 dari institut masing2..tidak lupa jualan makanan dari kelab koperasi dan kelab keusahawan juga akan menghangatkan lg suasana...

 the brosur......