Voting

PRS 2011

PRS 2011

Thursday, July 14, 2011

Keputusan peserta PLKN siri 9/2012

       Minggu ni dari hari Isnin hingga ke hari ini bilik kaunseling diserbu oleh pelajar ting 5 kerana ingin melayari laman web ini http://www.khidmatnegara.gov.my. 
Rupanya mereka ingin tahu samaada nama tersenarai atau tidak untuk mengikuti kursus ini.     Tahniah kepada pelajar yang namanya tersenarai. Kursus ini sebenarnya amat bagus untuk menguji ketahanan mental, fizikal serta boleh melatih diri anda menjadi seorang yang berwawasan dan berfikiran positif.
    Yang masih tak tahu status dapat atau tak..boleh datang ke bilik kaunseling ye untuk makluman. Dibawah ni page untuk semakan PLKN siri 9/2012
Banner
Add caption
Haraf maaf, laman web rasmi kami buat sementara sedang mengalami capaian trafik yang sangat tinggi.
Untuk menyemak status pemilihan PLKN Siri 9/2012 sila masukkan no kad pengenalan anda:
NRIC :
Contoh : 941212115050  


Segala kesulitan amat dikesali.
Anda juga boleh menyemak status pemilihan dengan menggunakan SMS
Taip: PLKN semak hantar ke 15888
atau telefon 03-40274747
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2006 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar

      Anugerah Kecemerlangan Pelajar juga merupakan ilham tuan pengetua, En. hasni b. Dolmat untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah menunjukkan pencapaian yang baik dan cemerlang dalam ujian dan peperiksaan sekolah. Terdapat dua kategori iaitu pelajar cemerlang mengikut matapelajaran dan juga kedudukan dalam kelas 1,2,3. 
      Unit Bimbingan & Kaunseling sekali lagi untuk tahun ini memikul amanah menjadi penyelaras program disamping jawatankuasa yang terdiri daripada guru dalam jawatankuasa peperisaan.
      Bagi tahun ini, tampak kelainan dimana penerima anugerah kecemerlangan akan memakai selempang ( seperti pelajar budiman) semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar bagi menggantikan jubah rasmi pelajar cemerlang yang dipakai tahun lepas. Jubah tersebut akan digunakan dalam Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 sebagai simbolik tamatnya pengajian pelajar lepasan SMV Ampangan ( wah...dah macam graduan lepas universiti pula)..:)..t
    Berikut adalah gambar Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi Ujian Bulan Mac dan juga Peperiksaan Pertenghan Tahun yang lalu...

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 

Pelajar Cemerlang Terbaik Mengikut Matapelajaran
Tingkatan 5

Pelajar Cemerlang Terbaik Mengikut Matapelajaran
Tingkatan 4

Pelajar Cemerlang Mengikut Kedudukan 1,2,3 Dalam Kelas
Tingkatan 5 

 Pelajar Cemerlang Mengikut Kedudukan 1,2,3 Dalam Kelas
                            Tingkatan 4

Pelajar Terbaik Keseluruhan bagi Peperiksaan Pertengahan tahun
Tingkatan 4 ( Nurlisa 4PPN1)
Tingkatan 5 ( Yamim 5 Auto)


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI UJIAN BULAN MAC

Pelajar Cemerlang Terbaik Mengikut Matapelajaran
Tingkatan 5

Pelajar Cemerlang Terbaik Mengikut Matapelajaran
Tingkatan 4

Pelajar Terbaik Keseluruhan bagi Ujian Bulan Mac
Tingkatan 4 ( Shahrin 4 EE1)
Tingkatan 5 ( Yamim 5 Auto)

Tahniah dan syabas kepada penerima anugerah kecemerlangan pelajar. Sapa la yang berani mencabar Yamim yang dah dua kali menjadi pelajar terbaik keseluruhan. Pelajar lain juga sebenarnya hebat. Teruskan usaha dan bersainglah secara sihat untuk menempatkan diri anda dalam kelompok pelajar cemerlang.. InsyAllah..

Koleksi Gambar Penerima Anugerah Pelajar Budiman bulan Februari hingga Mei

   Anugerah pelajar budiman telah pun sampai ke pencalonan bulan Julai...anugerah yang diilhamkan oleh tuan pengetua, En. hasni b. Dolmat ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik, disiplin yang baik dan juga hormat kepada guru...
   Pemilihan pelajar budiman ini adalah melalui borang pencalonan yang diisi oleh guru matapelajaran kelas.Pencalonan yang tertinggi dan juga lepas dari tapisan disiplin dan juga rekod disiplin asrama, maka pelajar yang bertuah tersebut akan dipilih. Seramai 3orang pelajar ting.4 dan 3orang pelajar ting.5 akan dipilih dan akan diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Budiman setiap awal bulan.
   Unit Bimbingan & kaunseling diamanahkan untuk bertindak sebagai penyelaras program ini. Namun begitu Jawatankuasa adalah terdiri dari wakil guru akademik dan bengkel. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini. 
   Walaupun Majlis Anugerah Pelajar Budiman seterusnya tanpa tuan pengetua, namun majlis ini akan diteruskan.Berikut adalah gambar pelajar budiman.


Pelajar Budiman Bulan Februari
Pelajar Budiman Bulan Mac

 Pelajar Budiman Bulan April

Pelajar Budiman Bulan Mei

Minta maaf gambar pelajar budiman bagi bulan Januari tidak jumpa pulak..:(...pelajar budiman bulan Julai akan di update akan datang...

Program Hari Kerjaya

Blog update sekian lamenye....maaf ye kepada semua yg mengikuti blog ini....disini sy ingin kongsikan beberapa program yang telah pun berlangsung...antaranya adalah Program Hari kerjaya. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar terutama pelajar tingkatan 5 berkenaan peluang belajar selepas tamat tingkatan 5. Berikut sisipan suasana program tersebut

Monday, May 9, 2011

~ Makluman ke Tingkatan 6 bagi pelajar lepasan SPM 2010 ~

Perhatian kepada para pelajar yang mengikuti blog kaunseling ini terutama pelajar lepasan SPM 2010, senarai nama pelajar yang layak ke tingkatan 6 telah keluar dan boleh buat semakan secara SMS seperti berikut : MOET6[No_KP] dan hantarkan kepada 15888. Semakan juga boleh melalui online KPM.. www.moe.gov.my ( cari e-perkhidmatan ( berkala ) di bawah sekali ) dan klik ke Ting.6 bawah ( semakan ). Yang mana duduk dekat dengan seremban boleh le datang ke sekolah jumpa dengan kaunselor untuk semak nama. Jangan la hampa tak dpt panggilan ke IPTA. Anda boleh juga boleh buat rayuan.. InsyAllah jika ada niat yang baik tuk menimba ilmu pasti akan dapat...ok....

Friday, April 29, 2011

:: Jangan PUTUS ASA dengan BERDOA ::

 Tazkirah motivasi ini sy ambil dari laman web i luv Islam...bacalah sebagai renungan kita bersama....

Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)
Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)
Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)
Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)
Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.

Pelajar Cemerlang SPM 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Rasanya tidak terlambat untuk kami mengucapkan "Tahniah dan syabas" kepada pelajar cemerlang SPM 2010. Tidak lupa juga 2 orang PRS yang telah berjaya masuk dalam kelompok pelajar cemerlang 6A ke atas... iaitu Syalilah bt Ab Karim ( Pen. PRS 2010 ) dan juga Shahir b. Hasnan ( ahli biasa )....Kepada semua pelajar SPM 2010 yang telah memohon Matrikulasi khususnya kepada pelajar PPN.. anda boleh menyemak status permohonan mulai 28 April 2011 di laman web ini http://eputra.com/. 
Anda juga boleh mengikuti laman web tersebut untuk mengetahui berita semasa seperti status kemasukan ke IPTA, politeknik dan juga ke kursus perguruan lepasan SPM (KPLSPM).
Kami di unit bimbingan dan kaunseling mendoakan kejayaan anda semua..dan jgn lupa mendaftar sebagai alumni smvas ye...:)

Pelajar Cemerlang SPM 2010

PRS Cemerlang SMPM 2010 ( Syalilah bt Ab Karim )