Voting

PRS 2011

PRS 2011

Sunday, May 9, 2010

9 Mei 2010 = ~ Hari Ibu Sedunia ~

Selamat Hari Ibu kepada semua yang telah dan bakal bergelar ibu...."ibu...ibu..engkaulah ratu hatiku..bila ku berduka..engkau hiburkan selalu....ibu...ibu engkaulah ratu hatiku"..begitulah bait lagu yg dinyanyikan oleh seorang kanak2 bgi iklan susu tepung satu ketika dulu...namun lagu itu kekal diingatan saya...
          Bagi saya ibu saya adalah my hero kerana beliaulah saya berjaya sehingga tahap ini..dialah ibu dialah bapa kerana saya dilahirkan tanpa sempat merasa kasih sayang seorang bapa kerna Allah lebih menyayangi beliau...syukur Allah anugerahkanku seorang ibu yang cekal dan tabah walaupun dalam keadaan serba kekurangan pada ketika itu..dgn 6 orang anak yang perlu dididik dan dijaga seorang diri.....itu kisah 26 tahun yang lepas.....tapi kini...wajah kegembiraan jelas terpancar di wajah ibu saya....kerna...seorang demi seorang anak yang dididik seorang diri itu menghulurkan segulung Ijazah sebagai tanda kejayaan ibu mendidik anaknya sehingga ke menara gading....TERIMA KASIH IBU...


Kebetulan tiga-tiga kaunselor telah kehilangan bapa...Pn.Hazila pada tahun lepas....cikgu zainal pada awal tahun ini....Moga roh arwah ayah kami ditempatkan dikalangan orang2 yang dikasihi Allah s.w.t....Al-Fatihah...Kini,giliran kami menjaga ibu sebaiknya selagi masih ada walaupun kami tahu jasa dan pengorbanan ibu tidak terbalas...

Kepada Pn. Hazila....Selamat Hari Ibu...Alhamdulillah tahun ini bertambahlah bilangan 'ahli baru' dalam keluarga beliau...dah berapa bulan ye?:)...semoga cekal dan sabar menempuh 9 bulan itu...








Saturday, May 8, 2010

kembali bernafas....

Assalamuaikum n salam sejahtera semua yg mengikuti blog ini....lama rasa nye kami tidak menulis dalam blog ini...almaklumlah sejak 'laptop' kena kebas dek penyamun tarbus..jd tak dapat la nak update blog ini...yela..'trauma' dari kejadian tu mengambil masa yg lama la nak pulih..tp alhamdulillah smuanya sudah kembali normal seperti sediakala..kebelakangan ini banyak juga program yg dijalankan melibatkan unit bimbingan dan kauseling...miggu depan ( hari isnin) pun ade lagi...begitulah busy nye kami...jadi maaf kepada pelajar yg tak dapat berurusan dgn kami...

seminggu ni hp kami dibanjiri dgn panggilan dari ex student SMTA (nama sek b4 ditukar) tahun lepas...minta pandangan nak ke mana...ade 2 pilihan...uitm dan matrikulasi....ade yg sampai 3 pilihan uitm, matrikulasi n politeknik....ade yg tidak dpt panggilan ke mana2..hmmm..agak menyedihkan..ini semua berdasarkan result SPM..

tp jika ada yang dpt ke tingkatan 6..cuba la ke sana kerana peluang utk melanjutkan pelajaran ke IPTA pun cerah...setahun setengah sahaja...pastu leh sambung Ijazah..seperti sy :)

 ape pun keputusan anda...kami doakan anda semua berjaya dan terus berusaha untuk memperoleh CGPA yang cemerlang..jgn lupa daftar sebagai alumni sekolah..mana tahu satu hari nant bila sudah berjaya ,pihak sekolah menjemput anda utk berkongsi kejayaan yg anda kecapi...insyAllah..