Voting

PRS 2011

PRS 2011

Thursday, July 14, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar

      Anugerah Kecemerlangan Pelajar juga merupakan ilham tuan pengetua, En. hasni b. Dolmat untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah menunjukkan pencapaian yang baik dan cemerlang dalam ujian dan peperiksaan sekolah. Terdapat dua kategori iaitu pelajar cemerlang mengikut matapelajaran dan juga kedudukan dalam kelas 1,2,3. 
      Unit Bimbingan & Kaunseling sekali lagi untuk tahun ini memikul amanah menjadi penyelaras program disamping jawatankuasa yang terdiri daripada guru dalam jawatankuasa peperisaan.
      Bagi tahun ini, tampak kelainan dimana penerima anugerah kecemerlangan akan memakai selempang ( seperti pelajar budiman) semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar bagi menggantikan jubah rasmi pelajar cemerlang yang dipakai tahun lepas. Jubah tersebut akan digunakan dalam Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 sebagai simbolik tamatnya pengajian pelajar lepasan SMV Ampangan ( wah...dah macam graduan lepas universiti pula)..:)..t
    Berikut adalah gambar Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi Ujian Bulan Mac dan juga Peperiksaan Pertenghan Tahun yang lalu...

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 

Pelajar Cemerlang Terbaik Mengikut Matapelajaran
Tingkatan 5

Pelajar Cemerlang Terbaik Mengikut Matapelajaran
Tingkatan 4

Pelajar Cemerlang Mengikut Kedudukan 1,2,3 Dalam Kelas
Tingkatan 5 

 Pelajar Cemerlang Mengikut Kedudukan 1,2,3 Dalam Kelas
                            Tingkatan 4

Pelajar Terbaik Keseluruhan bagi Peperiksaan Pertengahan tahun
Tingkatan 4 ( Nurlisa 4PPN1)
Tingkatan 5 ( Yamim 5 Auto)


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI UJIAN BULAN MAC

Pelajar Cemerlang Terbaik Mengikut Matapelajaran
Tingkatan 5

Pelajar Cemerlang Terbaik Mengikut Matapelajaran
Tingkatan 4

Pelajar Terbaik Keseluruhan bagi Ujian Bulan Mac
Tingkatan 4 ( Shahrin 4 EE1)
Tingkatan 5 ( Yamim 5 Auto)

Tahniah dan syabas kepada penerima anugerah kecemerlangan pelajar. Sapa la yang berani mencabar Yamim yang dah dua kali menjadi pelajar terbaik keseluruhan. Pelajar lain juga sebenarnya hebat. Teruskan usaha dan bersainglah secara sihat untuk menempatkan diri anda dalam kelompok pelajar cemerlang.. InsyAllah..

No comments:

Post a Comment